Thursday, 28 March 2013

TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Tahun 2013 adalah TAHUN MELAWAT TERENGGANU . Terengganu merupakan sebuah negeri yang aman damai dan membangun dengan pesat . Terengganu terkenal dengan panggilan BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR . Terdapat banyak pulau di negeri ini antaranya Pulau Redang dan Pulau Perhentian . Keindahan negeri ini lebih terserlah dengan adanya pantai pantai yang indah dan bersih serta menjadi tarikan para pelancong. Bandaraya Kuala Terengganu pula kini pesat membangun . Negeri Terengganu juga terkenal dengan keropok lekor , batik dan sutera . Masjid Kristal juga menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk melihat keunikan dan keindahan masjid itu . Oleh itu, sempena tahun melawat Terengganu ini , HOMESTAY SRI IDAMAN menawarkan penginapan yang cukup selesa untuk semua pengunjung yang datang ke Terengganu . Homestay ini hanya memakan masa lebih kurang 15 minit untuk ke Bandaraya Kuala Terengganu . Semua kemudahan telah disediakan . Terima kasih .